Anabella duduk kaku di penjuru katil.Pandangan kosong dilemparkan ke seluruh bilik hotel ini.Perfect…Bilik VVIP yang dua kali ganda besar dari bilik VVIP yang ada kat Malaysia…Katil??King saiz….siap ada kelopak bunga mawar lagi ditabur kat atas katil…Bau pulak….Wangi..Macam bau aroma terapi kat spa.Bilik air???hehe…belum check lagi..Nanti shaye pergi check.Mesti ada jakuzi nie.Boleh wat buih-buih..Buih-buih cinta??Nonsense….Stop it Anabella.
Tangannya diramas-ramas.Dia masih tidak percaya pada masa ini saat ini dia sudah bergelar isteri orang.17 tahun??Macam tak masuk akal je…isteri?Wat kind of isteri?Isteri segera? Macam mee segera pun ada.Barulah dia tahu macam mana perasaan mee segera apabila orang memasaknya.Kalau dia tahu dari awal sumpah dia takkan sesekali memakan mee segera.aik..aku nie mee segera ke?Pertanyaan itu ditanya kepada dirinya sendiri.Takpelah la..mee segera pun mee segera la..huhu….
Ape perasaan anda?(Anabella tanya diri dia sendiri)
Takut….gembira…..geram…atau macam tengah berada di awang-awangan…blurrr…??cinta….???aku gila ke apa…orang tua tu…huhu…anabella tunjuk reaksi geli.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Flashback…..
“Zafril…ayah nak kau kawin ngan Anabella” kelihatan Tengku Sulaiman membisikkan sesuatu ke telinga tengku zafril.
“Wat?Ayah dah hilang akal ke?Abis Rebecca tu Zaf nak letak kat mana”Sedikit meninggi suara Tengku Zafril.Orang ramai semakin memenuhi ruang tamu mewah ini.Tok kadi dah duduk di tempatnya,di tengah-tengah ruang tamu.Hanya tinggal dia sahaja untuk memulakan upacara akad nikah.
“Sebab perempuan tu lesapla ayah suruh kau kawin ngan Anabella.Kau jangan banyak soal.Ikut je cakap ayah kalau kau tak nak nama baik kerabat kita tercemar.”
Tengku Zafril ditolak ke tengah-tengah ruang tamu..di sebelah tok kadi.Bantal bulat kecil siap berenda-berenda lagi yang berwarna keemasan diduduk.Tengku Zafril berpeluh.Tok kadi hanya tersenyum menampakkan 2 batang gigi depan yang hitam.Sangkanya Tengku Zafril tengah berdebar-debar hendak akad nikah nanti.Sudah banyak ragam dan kerenah pengantin lelaki sudah dilihatnya sepanjang 20 tahun menjadi tok kadi.Namun,nampaknya kes Tengku Zafril paling berat sekali.
Tengku zafril terkejut melihat gigi tok kadi.Aik tok kadi nie makan banyak sangat ke coklat sampai buruk gigi.Kena bagi cek kat doktor gigi nie.Alamatnya doktor pun pengsan tengok gigi “cantik lagi mengancam” kepunyaan tok kadi tu.” Sempat lagi Tengku Zafril menguman dalam hati.Lupa sebentar pasal Rebecca,kekasih hatinya itu.
Tok kadi mula menjabat tangan Tengku Zafril.Tengku Zafril freeza…tangannya sejuk..
“Aku terima nikahnya……”belum sempat tok kadi menyudahkan ayatnya Tengku Zafril segera memotong.
“Jap…jap..nature call(maknanya:saya nak buang air kecil dahulu)”Tengku Zafril segera bangun lalu menuju ke bilik air.
Seminit….dua minit……tiga minit…empat minit…..lima minit….
Tetamu sudah tidak sabar..”apesal akad nikah punyelah lama”masing-masing berkata dalam hati.Tengku Sulaiman tersengih macam kerang busuk.
“Sabar tuan-tuan puan-puan dato-dato datin-datin…anak saya tengah panik tu.Biasalah kali pertama berkahwin”Tengku Sulaiman berjenaka menenangkan keadaan.
“Zaf…cepatlah cikit..tok kadi tengah tunggu tu”Tengku Sulaiman mengetuk pintu bilik air.
Tiada repon…Bila-bila masa je Tengku Sulaiman akan bertukar menjadi The Incredible Sulaiman.hehe…
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dalam bilik…
“Aishhh…pengantin perempuan nie.Duduklah diam-diam.Ni tak..mak tengok tergedik sana tergedik sini.tak kemana nye cik abang tu.”Pak andam mula membebel..
“Ish..ingat aku tergedik sana tergedik sini sebab tak sabar nak tunggu zombie kg.pisang tue ke?(gelaran Tengku Zafril).plezzz…
Sebenarnya dia tengah kepanasan berharap agar perkahwinan ini dibatalkan.”
harap-haraplah..zombie kg pisang pengsan selepas dengar berita tunangnya larikan diri.pastu..the wedding is cancel..hihi..”bella berdoa dalam hati.
Encik Sotong nie pun satu mekap aku tebal dua inci macamlah aku nie nak berlakon dalam opera cina.habisla natural beuty aku…auwwww…
Dress kawin nie pun satu apesal la berat sangat.Dengan manik dan labucinya..macam aku nie badut sarkas.Kain baju kawin diangkat tinggi.Buat susah aku nak jalan je.
Rizalman…begitulah nama yang tertera di hujung kainnya.Janganlah kata baju nie direka oleh Rizalman..auwwww….
“Kang tak pasal-pasal rosak mak punya mekap nie nyah..”Wah nie dah tahap kronik dah Encik Sotong nie membebel.
“Baiklah Encik Sotong….shaye yang baik lagi “keperempuanan” nie duduk diam-diam erk macam pompuan melayu terakhir..”balas bella sambil membuat muka chumil.
Apalagi..encik sotong mula bercekak pinggang.”bukan encik sotong la nyah…Sally…S.I.L.L.Y” eja Encik Sotong satu persatu.
Bella:Upin dan Ipin?????
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Di ruang tamu….
“Zaf..baik kau bukak pintu nie kalau tak…..”
Pintu bilik air dibuka..beberapa titis air masih melekat di muka kacak Tengku Zafril.
“Aku terima nikahnya Tengku Anabella Natasha bt Tengku Salehudin dengan mas kawin RM80 tunai.”
“Sah?” tok kadi bertanya.
“Sah….” jawab orang ramai
Selepas 5 kali akad nikah akhirnya..Tengku Anabella sah menjadi isteri kepada Tengku Zafril.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dum!!!!kedengaran pintu dihempap kasar…
Tengku Zafril masuk dengan muka yang mencuka..aikkkk terlebih cuka nampak.
Zafril pandang muka Bella.b\Bella balas dengan pandangan aka jelingan maut.Tak puas hati nampak.Mata yang sedia bundar dibulatkan lagi.Macam nak terjojol biji mata pun ada.Macam ala-ala Rika Sumanto pun ada.Bawang Putih….
Lama mereka saling berpandangan macam ada petir kilat yang menghubungkan mata mereka berdua.
“Apesal kau pandang-pandang muka aku hah?”
“Ikut suke aku r ..mata aku..tak luak pun aku pandang muka kau”
“Aku bukan apa nanti takut terpikat pulak.susah aku..”
“Rumah kau takde cermin ke?”
Slrrrppppp…..ringkas tapi cukup menyakitkan hati Anabella.
Anabella bangun sambil menunjukkan jari telunjuknya tepat ke muka kacak Tengku Zafril.Actually,setakat kat dagu Tengku Zafril je.Biarpun Anabella tinggi macam model namun ternyata Tengku Zafril lebih tinggi daripadanya.
“Aikkk…zombie kg.isang nie terlebih makan calcium ke??”sempat lagi Anabella mengomel dalam hati.
“Okeylah budak kecik.nampak macam kau nie dah takde modal nak lawan aku…. ape kate kau duduk diam-diam dan dengar ape aku cakap.”
Bella freeze….masih lagi berdiri..
Sesaat….dua saat…
“Aik…keras nampak.Mak kau nie makan apela mase die mengandung kau dulu-dule erk”Tengku Zafril memulakan sesi sound- menyound.
“Aik…main mak bapak pulak nie ape kes.Sensitif tue beb…”Sebelum sempat Anabella membalas….tangan Tengku Zafril sudah mendarat di kepala anabella tanda menyuruhnya duduk.Anabella duduk sambil membebel dalam hati.
“dah-dah la ngumpat aku tu.”balas Tengku Zafril
Anabella terkezut.alamak..zombie kg pisang ada telepati ke?Owhhh..sesuai sangat la aku gelar dia zombi.
“Aku sebenarnya tak hingin nak kawin ngan kau.Tak ada sekulumit cinta pun buat kau.Aku cintakan Rebecca tapi tak sangka dia sanggup buat aku macam nie.Takpe… ada lori ada bus ada hari aku balas”luah Tengku Zafril direct tapi sempat lagi berpantun.Nama pun anak raja.
Anabella tersentak.Tapi entah mengapa hatinya terasa sakit mendengar ayat…
“Aku sebenarnya tak hingin kawin ngan kau”
“Dan..perkahwinan kita akan tamat sebaik sahaja Rebecca pulang.Anggap sahaja kita macam personal roomates.Dua orang yang berkongsi satu rumah tapi bebas melakukan apa sahaja.Aku hal aku dan kau ngan hal kau.Kau berhak berkawan dengan mana-mana lelaki yang kau mahu dan begitu juga ngan aku.Tapi depan parents,kita acting macam pasangan bahagia.If possible make it as secret to outsiders.Lagipun aku tak jemput pun kengkawan aku ke majlis perkahwinan aku.Hanya saudara-mara dan teman-teman rapat keluarga kita je yang hadir.Nobody knows..”sambung Tengku Zafril lagi tanpa sedar kata-katanya telah menghiris hati Anabella.
Anabella tersentak kali kedua.
“Partner???”Tengku Zafril menghulurkan tangannya tanda bersetuju.
“Kau memang siot,zombie tua”bentak Anabella kasar lalu menepis huluran tangan Tengku Zafril lalu bergegas keluar dari bilik hotel.Air matanya berjuraian keluar.Tidak dihiraukan pandangan orang sekeliling.Kini,dia rasakan maruahnya dipijak lumat-lumat oleh si zombie tua.
“Zombie tua????”kini tiba giliran Tengku Zafril pula tersentak